Seadanya Aku


Seadanya Aku
  • Posted on 21 February, 2020 12:51 PM by MyVOD


  • Drama berjudul Seadanya Aku bakal ditayangkan bermula pada 15 januari 2020 menerusi saluran TV3 di slot Akasia. Menampilkan pelakon Zara Zya dan Azlee Khairi sebagai gandingan utama, selain mereka turut membantu dalam penghasilan drama bersiri 28 episod ini ialah Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim dan ramai lagi.

    Drama ini juga merupakan adaptasi dari novel, Seadanya Aku merupakan hasil karya dari novelis Rissa Ahdiya dan skrip drama diolah oleh Mufid Suhaimi bersama next scene team. Drama ini diarahkan oleh pengarah Feroz Kader, manakala ianya hasil terbitan Country Universal Sdn Bhd. Seperti biasa drama di slot Akasia merupakan tayangan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat di jam 7 malam.

    TAJUK

    SEADANYA AKU

    EPISOD : 28 Episod
    TARIKH MULA TAYANG : 15 Januari 2020 / 7 PM
    SLOT : Akasia
    SALURAN : TV3
    NOVELIS : Rissa Ahdiya
    SKRIP : Mufid Suhaimi
    ARAHAN : Feroz Kader
    TERBITAN : Country Universal Sdn Bhd
    PARA PELAKON : Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Azri Iskandar, Norish Karman, Ainina Ahmad, Jasmin Hamid, Anne Abdullah

    Pelakon Dan Watak

    Azlee Khairi – Zarul
    Zara Zya – Aufiya
    Elvina Mohamad – Wina Ahmad
    Redza Rosli – Taufik
    Dayana Roza – Zureen
    Fadlan Hazim – Hadi
    Sharifah Husna – Eliza
    Norish Karman – Kartina
    Ainina Ahmad – Salma
    Jasmin Hamid – Jumah

    Sinopsis

    Segalanya seakan hancur buat Aufiya (Zara Zya) apabila disaat hari perkahwinan bersama orang yang dicintai, tunangnya Taufik(Redza Rosli) tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya. Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanyalah sekadar janji yang tinggal janji. Namun dalam keadaan yang buntu, muncul Zarul(Azlee Khairi) yang menawarkan diri sebagai pengganti demi menyelamatkan maruah Aufiya di hari pernikahannya itu.

    Aufiya menerima bantuan Zarul dengan terpaksa walaupun rasa bersalah kerana lelaki itu merupakan tunang kepada Wina(Elvina Mohamad) yang juga sahabat baik dan orang yang paling rapat dengannya. Namun perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan lebih-lebih lagi kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana orang yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.

    Tidak lama selepas mendirikan rumahtangga tanpa rasa cinta, Hati Aufiya mula berdolak-dalik antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang selalu melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai dengan cinta yang dihulur Zarul. Tapi dalam masa yang sama Aufiya sedar Wina itu sahabatnya yang paling baik. Bagi dirinya, melukakan hati Wina umpama melukakan hatinya sendiri.

    Aufiya bersahabat baik dengan Wina dan Zureen(Dayana Roza) sejak zaman sekolah lagi dan sampai ke alam pekerjaan mereka masih bersama dan tinggal bersama. Namun tanpa disedari, semakin lama perasaan cemburu mula wujud di hati mereka.

    Source ~ DilarangBising


© Copyright 2020 MyVOD