Jujurlah Nikahi Aku


Jujurlah Nikahi Aku
  • Posted on 25 February, 2020 02:51 PM by MyVOD


  • Slot DramaVaganza di saluran Astro RIA bakal menyiarkan drama berjudul Jujurlah Nikahi Aku yang menampilkan lakonan Uyaina Arshad dan Sean Lee selaku gandingan utama. Selain kedua pelakon utama ini, para pelakon yang turut membantu menjayakan drama ini ialah Amar Asyraf, Rita Nadira, Raja Azura dan ramai lagi.

    Drama ini merupakan hasil adaptasi dari novel karya Umie Nadzimah dan skrip bagi drama ini pula diolah oleh Maizura Ederis, manakala pengarah bagi drama ini adalah Rashid Sibir dan diterbitkan oleh produksi Arie Zaharie Production.

    TAJUK

    JUJURLAH NIKAHI AKU

    TARIKH MULA TAYANGAN : 27 Januari 2020 / 7 PM
    EPISOD : 30 Episod
    SLOT : DramaVaganza
    SALURAN : Astro Ria & Ria HD
    NOVELIS : Umie Nadzimah
    SKRIP : Maizura Ederis
    ARAHAN : Rashid Sibir
    TERBITAN : Arie Zaharie Production
    PARA PELAKON : Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Rita Nadira, Raja Azura, Hamidah Wahab, Zaidi Omar

    Pelakon Dan Watak

    Uyaina Arshad – Nurin Asyfa
    Sean Lee – Alan Wong
    Amar Asyraf – Ahmad Zanif
    Rita Nadira – Zurin
    Raja Azura – Puan Azah

    Sinopsis

    Mengisahkan Nurin Asyfa, gadis istimewa yang dibenci ibunya sendiri kerana kecacatan yang dimiliki. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Mujurlah ada Alan yang baik dengannya. Alan sudah lama sukakan Nurin sejak sekolah lagi. Namun perbezaan agama menyebabkan mereka tidak akan bersatu.

    Bos ditempat kerja Nurin, Ahmad Zanif juga menyukai Nurin. Zanif yang menganggap dirinya lelaki sempurna dan meminati Nurin yang berbeza dari gadis yang selalu didampinginya. Namun hubungan mereka dihalang oleh Zurin, adik Nurin. Tetapi jodoh telah menetapkan Nurin berkahwin dengan Zanif. Namun rumahtangga mereka tidak kekal lama.

    Muncul pula si Qayyum pemuda yang tidak dikenali yang ingin menikahinya dengan rela hati.


© Copyright 2020 MyVOD