Tonton Dendam Kasih Ayah (Cerekarama)


Dendam Kasih Ayah
  • Posted on 20 July, 2019 04:38 PM by MyVOD


  • Saksikan sebuah telefilem di malam minggu anda pada minggu ini menerusi saluran TV3 di slot Cerekarama yang berjudul Dendam Kasih Ayah. Menampilkan Izzy Reef, Izzy Reef dan Arash Mohd dan dibantu oleh beberapa pelakon lain. Telefilem ini menampilkan kisah kekeluargaan yang boleh memberi keinsafan kepada para penonton.

    Ia mengisahkan tentang seorang anak yang kehilangan kasih sayang dari seorang ayah, namun dia tetap bersemangat mahu berjumpa dengan ayah kandungnya itu. Telefilem ini merupakan hasil arahan pengarah Bade Hj. Azmi dan diterbitkan oleh produksi Qaisworks Production.

    TAJUK

    DENDAM KASIH AYAH

    TARIKH TAYANGAN : 20 Julai 2019, 10 PM
    SLOT : Cerakarama
    SALURAN : TV3
    ARAHAN : Bade Hj. Azmi
    TERBITAN : Qaisworks Production
    PARA PELAKON : Izzy Reef, Daniel El Arash, Arash Mohd, Watie Sadali, Dilla Ahmad, Yudy

    Sinopsis

    Amin merupakan seorang remaja yang membesar tanpa kasih sayang seorang insan bernama Ayah. Kehidupan tanpa seorang ayah membuatkan dirinya sentiasa melalui detik sukar. Keinginan dirinya untuk melepaskan rindu terhadap ayahnya semakin hari semakin menebal, oleh kerana dendam dan baran yang dimilikinya Amin membuat keputusan untuk mencari ayah kandungnya.

    Ayahnya, Hasyim telah lama meninggalkan Amin dan ibunya. Mereka meneruskan kehidupan dengan begitu bersusah payah semenjak pemergian ayahnya itu bagi mendapatkan kehidupan dunia yang lebih baik.

    Dapatkah Amin mencari semula ayahnya yang tidak pernah dilihat olehnya itu?


© Copyright 2020 MyVOD

Disclaimer: This site does not store any files on its server. All contents are provided by non-affiliated third parties.