Camelia


Camelia
  • Posted on 11 February, 2020 03:10 PM by MyVOD


  • Bermula 16 januari ini akan bermula sebuah drama yang agak menarik untuk ditonton iaitu drama yang berjudul Camelia yang menampilkan lakonan hebat oleh Saharul Ridzwan dan Diana Danielle sebagai gandingan utama. Drama ini merupakan arahan oleh pengarah Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh produksi Saphire Screen Sdn Bhd.

    TAJUK

    CAMELIA

    EPISOD : 15 Episod
    TARIKH TAYANGAN : 16 Januari 2020
    WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10 PM
    SALURAN : Slot Samarinda TV3
    SKRIP : Azlina Pa'wan
    ARAHAN : Eoon Shuhaini
    TERBITAN : Saphire Screen Sdn Bhd
    PARA PELAKON : Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Lisdawati , Zarina Zainuddin, Ainina Ahmad, Aidil Aziz, Qistina Raisah, Puteri Balqis, Redzwan Adha, Mak Engku

    Sinopsis

    Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang suka meroyan.

    Pada tahun 1999, 3 adik-beradik, Malik, Mariam dan Marina tinggal bersama ibubapa mereka, Halim dan Zainab, dan nenek sebelah mak mereka, Tok Su. Mereka bukan keluarga kaya, mengerjakan sawah yang dipajak.

    Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya.

    Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan  Mariam memiliki 'split identiti'.

    Identiti dimana dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti yang bernama 'Camelia'. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.

    Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan 'Camelia'.


© Copyright 2020 MyVOD