Tonton Seindah Tujuh Warna Pelangi (Akasia Tv3)


Seindah Tujuh Warna Pelangi
  • Posted on 27 March, 2020 06:16 PM by MyVOD


  • Nantikan drama adaptasi novel 'Seindah Tujuh Warna Pelangi' karya Eman Sufi bakal mengisi slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Aeril Zafrel dan Nabila Razali. Drama arahan Eoon Shuhaini terbitan Saphire Screen Sdn Bhd. Akan ditayangkan bermula 24 Februari 2020, setiap Isnin hingga Jumat pukul 7 malam di TV3.

    TAJUK

    SEINDAH 7 WARNA PELANGI

    EPISOD : 28 episod
    TARIKH TAYANGAN : 24 Februari 2020
    WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7 PM
    SLOT : Slot Akasia
    SALURAN : TV3
    SKRIP : Intan Zarina Mohd Yasin
    ARAHAN : Eoon Shuhaini
    TERBITAN : Saphire Screen Sdn Bhd
    PARA PELAKON : Aeril Zafrel, Nabila Razali, Hun Haqeem, Raja Afiq, Wilma Muhammad, Aidil Aziz, Elly Mazlein, Sahronizam Noor, Riz Amin, Nazeera Sardi, Wanna Ali, Laila Nasir, Hairie Othman, Jalaludin Hassan, Wanns Ahmad, Cassia Iman

    Pelakon Dan Watak

    Aeril Zafrel sebagai Andika
    Nabila Razali sebagai Aira
    Hun Haqeem sebagai Arjuna
    Raja Afiq sebagai Reyhan
    Aidil Aziz sebagai Yazid
    Elly Mazlein sebagai Mariam
    Wanna Ali sebagai Zara
    Wanns Ahmad sebagai Ikandar

    Sinopsis

    Setelah tiga tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan merubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman. Sakitnya luka lama masih terasa. Bekas suaminya, Andika mahu memenangi hati isterinya semula.

    Andika dengan bantuan sepupu mereka, merancang percutian di Lata Pelangi, tempat kesukaan Aira supaya menggamit memori lama kembali. Sayangnya, bukan kenangan manis yang muncul di fikiran Airan tetapi kenangan pahit bagaimana kejamnya lelaki itu merampas segala hak miliknya. Aira masih enggan memaafkan kesalahan Andika yang mengahwininya bukan kerana cinta tetapi kerana harta warisan mereka. Kata-kata manis yang pernah diucapkan kepadanya dahulu hanyalah untuk mengaburi niat sebenar.

    Kini, Andika melamar kembali Aira. Tidak mahu terus berdepan dengan rayuan Andika, Aira memutuskan untuk kembali ke Cibubur, Indonesia. Malangnya, dalam perjalanan ke lapangan terbang, Aira terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan dia mengalami Amnesia. Bermula saat itu Andika kembali meraih cinta Aira.

    Banyak rintangan yang berlaku, namun akhirnya mereka kecapi kebahagian yang terpisah suatu masa dahulu. Andika juga kesal kerana telah banyak menghabiskan masa yang sia-sia kerana mengikut amarah dan berharap dia dan Aira akan melakar semula kebahagiaan rumahtangga mereka umpama indahnya tujuh warna pelangi.


© Copyright 2020 MyVOD

Disclaimer: This site does not store any files on its server. All contents are provided by non-affiliated third parties.