Maaf Tak Indah


Maaf Tak Indah
  • Posted on 25 February, 2020 03:16 PM by MyVOD


  • Nantikan kemunculan drama berjudul Maaf Tak Indah menerusi saluran TV3 di slot Samarinda yang menampilkan Azlee Khairi bergandingan bersama Azar Azmi. Karya Emy Roberto ini diterbitkan oleh produksi Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh pengarah Zamri Zakaria. Drama ini dijadualkan untuk menemui para penonton bermula pada 12 februari 2020 di jam 10 malam.

    TAJUK

    MAAF TAK INDAH

    EPISOD : 18 Episod
    TARIKH MULA TAYANG : 12 Februari 2020 / 10 PM
    SLOT : Samarinda
    SALURAN : TV3
    NOVELIS : Emy Roberto
    SKRIP : PGRs Team, Amka Ahmad, Riqmal Eg
    ARAHAN : Zamri Zakaria
    TERBITAN : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
    PARA PELAKON : Azar Azmi, Azlee Khairi, Ruhainies, Fizo Omar , Zulkifli Ismail, Aida Khalida, Mustapha Kamal, Didie Alias, Zuhayr, Cassia Iman, Melanie Tan, Pauline Tan, Yumna Ayuna, Muhammad Mikael Kahirul Izzad

    Pelakon Dan Watak

    Azlee Khairi – Raimie
    Azar Azmi – Syazan
    Ruhainies – Zila
    Fizo Omar – Jai
    Zulkifli Ismail – Rahim
    Aida Khalida – Sabariah
    Mustapha Kamal – Shariman
    Didie Alias – Safiah
    Aleza Shadan – Ros
    Melanie Tan – Cheryl
    Pauline Tan – Kelly
    Yumna Ayuna – Tijah
    Tuan Zuhayr Al-Mundzair – Adam
    Cassia Nur Iman – Tia

    Sinopsis

    Kisah Syazan yang tersilap langkah melahirkan anak yang dia cuba gugurkan. Kelahiran anak yang dinamakan Adam itu menyedarkan Syazan. Namun semuanya telah terlambat dia diceraikan oleh suaminya Raimie yang tidak dapat menerima perbuatan itu, malah Syazan dibuang keluarga dan berpisah dari anaknya. Hati Syazan tambah terluka apabila Raimie menjalin hubungan dengan Zila.

    Selepas 5 tahun, mereka dipertemukan semula. Penderitaan Syazan tidak berpenghujung. Dia sentiasa rindukan Adam namun tidak diberikan peluang oleh Raimie untuk berjumpa. Syazan pula menyembunyikan kehadiran anaknya Tia dari pengetahuan Raimie.

    Sinopsis Episod 1 – Syazan sangat obses menjaga bentuk tubuh badannya, lebih-lebih lagi setelah berkahwin dengan Raimie. Dia banyak habiskan masa dengan sahabatnya, Cheryl di Gym dan kelas Zumba. Oleh sebab itu jugalah dia tidak mahu mengandung, sementelah dia juga bencikan kanak-kanak. Syazan mengamalkan penggunakan pil perancang walaupun Raimei tidak sabar hendakkan anak dari perkahwinan mereka. Namun, Syazan tetap mengandung. Sejak itu, Syazan mula berubah. Dia tidak berkongsi kegembiraan bersama Raimie yang tidak sabar menerima kandungan itu. Syazan mula menyendiri. Dia benci dengan hidupnya ketika itu, lebih-lebih lagi bentuk tubuhnya ketika mengandung yang dirasakan hodoh. Sehinggalah Cherryl mencadangkan Syazan menggugurkan kandungan itu.


© Copyright 2020 MyVOD