Chandelier


Chandelier
  • Posted on 25 February, 2020 03:19 PM by MyVOD


  • Jangan ketinggalan untuk mengikuti siri drama terbaru di slot MegaDrama menerusi saluran Astro RIA yang berjudul Chandelier. Drama ini menampilkan aktor kegilaan ramai Ben Amir bergandingan bersama Mimi Lana dan juga Norman Hakim. Ianya merupakan sebuah karya pengarah popular Michael Ang dan merupakan sebuah karya drama yang diadaptasi dari novelis karya Acik Lana.

    Bagi skrip drama pula, ia diolah semula oleh 3 orang penulis iaitu Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris dan Dayang Kartinah Said. Drama ini dijadualkan akan memulakan tayangan bermula pada bulan februari nanti.

    TAJUK

    CHANDELIER

    JUMLAH EPISOD : 24 Episod
    TARIKH MULA TAYANGAN : Februari 2020 / 10 PM
    SLOT : MegaDrama
    SALURAN : Astro Ria & Ria HD
    NOVELIS : Acik Lana
    SKRIP : Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris, Dayang Kartinah Said
    ARAHAN : Michael Ang
    TERBITAN : Juita Viden Sdn Bhd
    PARA PELAKON : Ben Amir, Mimi Lana, Norman Hakim , Shasha Abedul, Nadya Syahera, Alif Muhaimin, Diana Dee, Aisar Khaled, Nynaa Harizal , Sharifah Shahora, Laila Nasir

    Para Pelakon Dan Nama Watak

    Ben Amir sebagai Kaef
    Mimi Lana sebagai Keisha
    Norman Hakim sebagai Dato Emran
    Shasha Abedul sebagai Syuhada
    Nynaa Harizal sebagai Khalida
    Nadya Syahera sebagai Ajwa
    Aisar Khaled sebagai Iskandar

    Sinopsis

    Kisah bermula dengan gadis yang bernama Keisha Edlina, dia Keisha Edlina digelar gold digger kerana berbekalkan wajah pan-Asia dan tubuh yang sempurna dia menggoda lelaki kaya dan peras harta mereka habis-habisan. Kemudian dia mencari lelaki lain yang jauh lebih kaya pula.

    Hubungan selama dua tahun bersama Datuk Eusoff tidak menjadi, dan dia berpaling pula kepada Tan Sri Emran. Belum sempat mencapai angan-angan, satu insiden ngeri telah menimpa Keisha Edlina. Dia berputus asa untuk meneruskan hidup, namun kemunculan Kaef mengubah haluannya.

    Aneh. Hatinya terpikat dengan keikhlasan lelaki itu walaupun Kaef tidak punya banyak harta atau kemewahan.

    “Don’t touch me, please. I tak nak dituduh goda you pulak nanti.”

    “Keisha….” Kaef mengeluh perlahan. Hati mula dilambung perasaan bersalah apabila memikirkan ‘hukuman’ yang diberikan kepada Keisha Edlina sepanjang hari ini. Sedangkan dia terlupa, dia juga turut bersalah. Kata orang tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, jadi adilkah dia melayan Keisha Edlina sedingin tadi? Sudah tentu tak. Tapi, ego seorang lelaki telah menyebabkan hati gadis ini terluka dan terdera sekali lagi.

    “I ambil MC hari ni and please jangan cari I. I perlukan ruang untuk diri sendiri.”

    “Keisha!” Sekali lagi dia memanggil, namun sedikit pun Keisha Edlina tak menoleh ke belakang. Dengusan terhela dari bibir. Tangan pula naik melurut rambut dengan perasaan serba salah.

    Keisha… I’m sorry! Jerit hatinya berulang kali.

    Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, kekhilafan silam mula datang menghukum. Satu per satu ujian dan dugaan yang hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban.

    “Dirimu laksana chandelier. Paling menyerlah, paling cantik dan memukau perhatian… tapi sayang, dikau hanya sekadar perhiasan.”


© Copyright 2020 MyVOD