Bulan dan Pria Terhebat (Filem Melayu)


Bulan dan Pria Terhebat
  • Posted on 24 February, 2020 03:11 PM by MyVOD


  • Filem terbaru hasil dari pengarah Ghaz Abu Bakar bakal ditayangkan tidak lama lagi bermula pada 12 Mac 2020 ini. Menampilkan pelakon popular seperti Zahirah Macwilson, Zizan Razak, Maya Karin, Khir Rahman dan ramai lagi pelakon lain. Filem ini merupakan hasil dari kerjasama pihak Nizra Entertainment, Astro Shaw dan Skop Production.

    TAJUK

    BULAN DAN PRIA TERHEBAT

    TARIKH MULA TAYANG : 12 MAC 2020
    ARAHAN : Ghaz Abu Bakar
    TERBITAN : Nizra Entertainment, Astro Shaw, Skop Production
    PARA PELAKON : Zahirah Macwilson, Zizan Razak, Khir Rahman, Maya Karin, Bell Ngasri, Alif Hadi, Mimi Ernida, Aprena Manrose, Sein Qudsi, Didie Alias

    Sinopsis

    Mengisahkan tentang Bulan, pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.

    Bulan bertemu Haris, seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya dari genggaman bapa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky. Ricky mengarahkan Tony, seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris.


© Copyright 2020 MyVOD

Disclaimer: This site does not store any files on its server. All contents are provided by non-affiliated third parties.