Bukan Kahwin Paksa


Bukan Kahwin Paksa
  • Posted on 23 February, 2020 01:46 PM by MyVOD


  • Nantikan kemunculan drama berjudul Bukan Kahwin paksa menerusi saluran TV3 di slot Lestary yang menampilkan gandingan Kamal Adli dan Hannah Delisha. Drama ini adalah sebuah drama adaptasi dari novel hasil karya penulis Syamnuriezmil dan pengarah bagi drama ini adalah Idora Abdul Rahman.

    Drama ini juga menampilkan pelakon antaranya Oktovia Manrose, Afiq Muiz, Husna Mustaffa, Ziela Jalil, Shah Rezza, Liza Abdullah dan ramai lagi.

    TAJUK

    BUKAN KAHWIN PAKSA

    EPISOD : 13 Episod
    TARIKH MULA TAYANGAN : 7 Februari 2020 / 9 PM
    SLOT : Lestary
    SALURAN : TV3
    NOVELIS : Syamnuriezmil
    ARAHAN : Idora Abdul Rahman
    TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
    PARA PELAKON : Kamal Adli, Hannah Delisha, Danial Dashuki, Alya Iman, Oktovia Manrose, Afiq Muiz, Husna Mustaffa, Jasper Supayah, Ziela Jalil, Shah Rezza, Liza Abdullah, Watie Sadali , Dhia Irdina, Qistina Khaled

    Pelakon Dan Watak

    Kamal Adli - Izz Rizqin (Uda)
    Hannah Delisha - Dara Safiya
    Danial Dashuki - Ryan
    Alya Iman - Ariyana  
    Oktovia Manrose - Nita
    Afiq Muiz - Azz Rizqin
    Husna Mustaffa - Tiz
    Jasper Supayah - Vee
    Dhia Irdina - Elly

    Sinopsis

    Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon.

    Izz Rizqin mengorbankan cintanya demi keluarganya. Membawa diri selepas kekasihnya, Ariyana ditunangkan dengan abang long Azz Rizqin.

    Dara Safiya pula tidak percaya kepada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya.

    Kedua-dua keluarga mereka mencadangkan calon pilihan dan mereka bersetuju. Tanpa mengenali mereka hanya akan berjumpa di hari pernikahan.


© Copyright 2020 MyVOD