Tonton Berdua (Panggung RTM) (Panggung Rtm)


Berdua (Panggung RTM)
  • Posted on 24 February, 2020 02:51 PM by MyVOD


  • Jangan ketinggalan untuk menonton telefilem 'Berdua' hasil garapan pengarah Wan Afzam Wan Daud akan disiarkan pada Sabtu ini, 22 Februari ini, pukul 9.00 malam mengisi slot Panggung RTM di TV1.

    TAJUK

    BERDUA

    WAKTU SIARAN : Sabtu, 22 Februari 2020, 9:00 malam
    SLOT : Panggung RTM
    SALURAN : TV1
    SKRIP : Amin Masyhur
    ARAHAN : Wan Afzam Wan Daud
    TERBITAN : Unit Drama TV RTM
    PARA PELAKON :  Faizal Hussein (AL), Sangeetha Krishnasamy (Sutera), Gambit Saifullah (Papot), Che Kem (Farouk), Zaidi Omar, Aidaruyati, Zarul Umbrella, Roslan Saleh, Sherry Aljefri, Yusran Hashim

    Sinopsis

    Sutera merupakan peguam yang telah menyebabkan Al dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan yang tidak dilakukan olehnya. Akan tetapi, beliau cuba untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan dengan membuat rayuan daripada pihak mahkamah terhadap kes Al. Mahkamah bersetuju dengan rayuan Anum, dengan syarat Al perlu menjalani parol dan dibuang daerah selama beberapa tahun.

    Al yang menjalani parol di kampung tersebut mengaplikasikan pembelajaran yang diperolehinya semasa dipenjara untuk meneruskan kelangsungan hidup. Beliau membuat kerja-kerja kampung seperti membaiki kerosakan perkakasan elektrik, jurupaip, membersihkan kebun dan sebagainya dengan menawarkan harga yang berpatutan. Hal itu tidak disenangi oleh beberapa penduduk lain yang sering memperlekehkan kredibiliti beliau sebagai bekas banduan.

    Pertemuan Al dan Sutera secara tidak sengaja terjadi apabila berlaku litar pintas di pusat khidmat masyarakat yang memaksa Sutera untuk mendapatkan khidmat juruelektrik. Seorang anak murid beliau meminta Al untuk membantu membaiki masalah tersebut. Detik itu menjadi permulaan kepada perhubungan mereka.

    Kehadiran Papot yang merupakan seorang lagi bekas banduan yang telah dipenjarakan oleh Sutera atas kesalahan juvana menimbulkan konflik antara mereka. Papot sangat mengidolakan keperibadian Al sepanjang berada dipenjara. Melihat kemesraan antara Sutera dan Al menimbulkan ketidaksenangan hati Papot yang ingin membalas dendam terhadap Sutera.


© Copyright 2020 MyVOD

Disclaimer: This site does not store any files on its server. All contents are provided by non-affiliated third parties.